nUff nuFf

Tuesday, August 10, 2010

Bulan puase da menjelma,,
selamat menyambut ramadhan al-mubarak ...
di umur2 macam ni sambutan ramadhan tak lah semeriah dulu2
tambahan pulak sekarang myenna da bekerja
walaupun hanya praktikal 
tp jadual harian kira da berubah 
terkenang2 zaman dulu2
bulan puasa la bulan yang paling dinanti-nanti 
sebab kat rumah sambutan puasa meriah
kalau bersahur mesti ramai-ramai
berbuka lagi la meriah
seronoknye bulan puase ni sebab 
waktu nilah masa untuk jimat belanja dan
waktu kemuncak untuk buat duit
dulu myenna rajin tolong abang ipar meniaga
meniaga air tebu, kuih,,
bila balik sekolah je myena 
dok kat dapur buat kuih
buah melaka,, (orang panggil ondeh2) 
kuaih 2 kuih faveret myenna 
myenna taw buat kuih tu je
kuih myenna tu tiap2 hari mesti licin 
kadang-kadang mak pun xmerasa,,, 
alhamdulilah bila orang 
suke makan ape yang kita masak
rasa di hargai sangat...
tahun ni myena menyambut 
puasa di rumah akk di ipoh
nasib la anak-anak sedara pun da mula belajar puasa
kalau tak bersahur pun sunyi aje
hem,, sedih pun ade
pagi-pagi myenna 
da call mak abah tanya mereka bersahur
makan lauk ape?
biasala bila da merantau ni tahap kerinduan tu membuak-buak
family tu da mmg wajib la rindu,,
tiap2 sahur mesti la nak dengar sore mak abah
bab kawan2 pulak lagi la menusuk perasaan
da 3 tahun biasanya berpuasa di universiti
bersama kawan-kawan rapat
kalau time sahur myenna jadi jam loceng diaorang
ade sorang budak kl roomate myenna 
mmg payah nak bangun pagi
lau bangun dengan tak gosok gigi terus je mkn,
pas makan minum air seteguk pastu naik katil,,
geleng pale kiteorang dgn perangai dia ni
tapi tula karenah2 manje yang selalu diingati,,
masa berlalu pantas,, 
next year mgkin da jadi isteri orang
sambutan puasa pasti akan berubah lagi
fasa kehidupan macam nilah,,
lau da ade anak mula la ceria,,,
myenna rasa lega dapat kongsi cerita

myenna yang nostalgiatik ni
mengucapkan selamt berpuasa kepada semua ye,,
banyakkan beramal,,,,

myenna yang bersemangat

No comments:

Post a Comment